Salam Sejahtera, Selamat Datang ke Laman blog Butik Pengantin Romzy Studio Exclusive Parit Buntar

PENGENALAN


No.11, Jalan Taiping, Parit Buntar, Perak (SEBELAH SHELL)
019-413 6045



 Pengantin atau Raja Sehari yang bakal melangkah ke  gerbang perkahwinan boleh merealisasikan impian hari bahagia mereka di Romzy Studio Exclusive. Di sini segala keperluan dan khidmat runding untuk majlis perkahwinan menjadi lebih mudah kerana kami menyediakan pakej lengkap untuk raja sehari, daripada tatarias pengantin sehinggalah aturcara majlis.
  Bagi menyerlahkan penampilan pengantin, khidmat solekan dan andaman juga disediakan untuk memudahkan pengantin menyuai padan pakaian dan solekan tanpa perlu ke tempat lain. Kami memastikan pengantin menjadi tumpuan tetamu dengan solekan dan andaman yang lain dari hari-hari biasa. Senyuman kepuasan daripada pengantin menjadi matlamat kami...

 Hiasan pelamin dan bilik tidur pengantin antara persiapan utama yang perlu sebelum melangkah ke hari bergelar raja sehari. Sentuhan kreatif daripada kami pasti tidak akan mengecewakan anda. Gambarkan kepada kami hiasan yang anda inginkan dan kami sedia membantu melengkapkan hari perkahwinan anda menjadi indah dan meriah.